Wednesday, 17 August 2011

Adab-adab Makan


1- Mulakan dengan Bismillah
وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)
Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni:‘Bismillah‘). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

3- Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

4- Galakan guna tiga jari
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع… (رواه مسلم)
Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

5- Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

6- Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

7- Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

8- Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

9- Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

10- Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

Tuesday, 16 August 2011

Makanan Untuk Jantung Yang Sihat

Kesibukan bekerja dan menguruskan kegiatan seharian sering kali membuatkan kita lupa mengambil makanan yang berkhasiat. Kesuntukan masa, kerja yang bertimbun, kesesakan lalu lintas, mesyuarat, jumpa client dan sebagainya membuatkan “nafsu” makan kita lebih cenderung ke arah makanan segera atau fast food (ramai kawan2 di university dulu menggelarnya fast food fast die)hihi.. Ini kerana pilihan makanan ini yang paling cepat dan mudah, malah boleh membelinya tanpa perlu keluar kereta pun.

Kehidupan di Bandar yang mengejar masa dan tenaga lebih sesuai dengan gaya makanan begini? Tetapi tahukah anda bahawa kandungan garam, gula dan kalorinya sahaja boleh mencecah sehingga berbelas kali ganda daripada makanan biasa seperti nasi, roti dan sayuran?
Bukan soal menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit yang ingin diketengahkan tetapi kesihatan yang maksimum. Kandungan kalori yang tinggi, kolestrol yang meningkat boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Mari kita mulakan pemakanan yang baik dah berkhasiat demi jantung yang sihat! Berikut adalah enam jenis herba yang mempunyai manfaat terbaik dalam membantu mengurangkan ‘kolestrol tidak baik’ atau kekadang juga orang menyebutnya ‘kolestrol jahat’ dan dalam masa yang sama mempertingkatkan fungsi kolestrol baik dalam tubuh. Kesannya, ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Anda hanya perlu menaburkannya sedikit sebagai perisa ke dalam makanan anda untuk kebaikan yang maksimum. Susah sangat ka? Pasti tidak kan..
Kulit kayu manis
Campurkan sedikit serbuk kayu manis bersama dua sudu kecil madu ke dalam hirisan sebiji buah pir atau epal. Jika suka, tambahkan dua besar sudu mentega rendah lemak atau mentega kacang(optional). Sesuai untuk minum petang yang berkhasiat.
Daun pudina
Tumbuk beberapa helai daun pudina hingga lumat. Ambil anggaran dua sudu besar dan campurkan ke dalam ½ cawan yogurt atau keju ricotta. Hidang bersama hirisan buah beri atau kiwi. Selain itu, boleh juga dicampurkan beberapa helai daun pudina bersama sedikit serbuk teh dan amalkan minum secawan teh pada waktu pagi atau petang.
Herba “sage”
Hiriskan beberapa keping roti mil penuh. Celupkan ke dalam minyak zaitun. Kemudian taburkan herba sage ini ke atas roti tadi bersama sedikit serbuk lada hitam.
Halia
Paling mudah dan murah untuk digunakan. Bukan sekadar untuk membuang angin tetapi juga merendahkan kandungan kolestrol. Boleh direbus bersama sedikit serbuk teh untuk dijadikan minuman pagi atau petang, malah dalam masakan sama ada kaedah stim atau rebus. Campurkan 1 sudu kecil halia yang ditumbuk bersama dua sudu teh minyak bijan,tambahkan anggaran dua sudu halia yang dihiris nipis, 2 sudu teh sos soya dan ½ cawan pati nanas. Perapkan bersama ayam, daging atau boleh digunakan sebagai perasa ikan siakap kukus yang ingin.
Serbuk kari
Lazimnya dalam masyarakat kita, serbuk kari digunakan dengan meluas khasnya untuk memasak kari. Itu ada baiknya tetapi cuba gantikan santan dengan susu rendah lemak.
Serbuk cili merah yang dikeringkan
Selain memberikan manfaat untuk mengurangkan kadar kolestrol, ia juga dapat membantu mempertingkatkan metabolisme tubuh khusus untuk anda yang berdiet. Hanya campurkan ke dalam masakan anda seperti isi ayam, udang, brokoli atau daging yang digoreng dengan sedikit minyak zaitun.

 

Monday, 15 August 2011

Cara makan dan minum Rasulullah S.a.w


Cara Rasulullah Makan
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Friday, 5 August 2011

Tip Makan Cara Sihat di Restoran Makanan Segera

Kehidupan serba moden dan dalam dunia kesibukan ini, kecendurangan kita untuk menjamu selera di restoran segera amatlah tinggi. Kalau suatu masa dahulu amat susah untuk ketemui restoran makanan segera, kini tidak lagi, malah di pekan-pekan kecil, umpanya Pasir Puteh Kelantan, telah ada KFC. Apatah lagi di bandar-bandar besar, restoran makanan segera berada di kawasan kejiranan kita sahaja.
Semua tips yang menarik ini saya perolehi daripada majalah I-Sihat karangan Norashikin Md Nor mengenai cara makan sihat di restoran makanan segera. Saya bersetuju dengan beliau di mana kanak-kanak antara golongan yang paling gembira sekiranay ibu bapa mengajak makan di restoran makanan segera. Burger, kentang goreng dan susu kocak merupakan makanan kegemaran yang biasanya dijadikan pilihan utama.
Bagaimana pun, kebanyakan rangkaian restoran di negara ini kini prihatin dengan keperluan orang ramai terhadap pemakanan sihat. Restoran tersebut telah mula menyajikan menu yang ada pilihan lain contohnya seperti salad, kentang bakar, sup dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa, andalah penentu dalam memastikan kesihatan keluarga terjamin. Berikut adalah beberapa cadangan agar hidangan makanan segera anda berkhasiat serta mengandungi nutrien yang diperlukan tubuh badan.
1. Hindarkan daripada mengambil makanan yang bergoreng. Pilihlah hidangan yang dibakar atau dipanggang.
2. Jika anda memesan makanan yang digoreng, buang lebihan minyak yang terdapat padanya dengan cara mengesat dengan tisu serapan.
3. Pesan piza yang mengandungi cendawan, bawang dan lada  hitam berbanding dengan sosej ataupun daging.
4. Sekiranya memakan salad, seboleh-bolehnya elakkan daripada dressing seperti mayonees dan lelemak sayuran yang lain. Pilih sayur dan buah-buahan segar dalam salad.
5. Jangan sekali-kali menambah garam pada makanan kerana kebanyakan hidangan dihasilkan mengikut kadar garam yang telah ditetapkan.
6. Minta susuk skim atau susu rendah lemak, jus buah-buahan atau sekadar air putih bgi menggantikan susu kocak serta minuman bergas seperti lazimnya.
7. Sebagai penambah perisa di dalam kopi yang anda pesan, gunakan susu rendah lemak dan bukannya krimer mahupun gula.
8. Elakkan daripada memakan kek, pastri dan pencuci mulut yang ternyata tinggi dari segi kalori dan kadar lemak.

Saturday, 30 July 2011

AMALAN PEMAKANAN IKUT SUNNAH NABI!!!

1. JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita
makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal
inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara
lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda
telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz
Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah
sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga
makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut
diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit
perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
2. CARA MAKAN
A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…
cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.
karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam
mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-,
jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan
maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat
merusak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt
membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam
sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan
tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam…
Sama-samalah kita mengamalkannya…….
WallahuA’lam

Monday, 18 July 2011

gaya makan seharian

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
* cara ini mmg banyak membantu dan mudah dilakukan. Minum air kosong/masak sebelum makan, ianya akan mengurangkan jumlah makanan yang diambil. 

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
* Owh.. Ini mmg AMAT PERLU dielakkkan. Jika blh, hindari minuman tin, semua jenia air kotak, minuman bergas dlm botol. Ia membantu anda menjadi sihat. 

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHAT
IAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-
  • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
  • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
  • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
  • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Friday, 15 July 2011

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT


  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi

  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

  • SEKIRANYA ANDA MAMPU UNTUK MENGAMALKAN KESEMUA PERKARA DI ATAS, ALHAMDULILLAH.....SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT. NAMUN PENINGKATAN KESIHATAN SERTA PENYEMBUHAN BERBAGAI JENIS PENYAKIT AKAN LEBIH BERKESAN LAGI MELALUI GAYA PEMAKANAN SIHAT BERASASKAN MADU LEBAH DAN BUAH KURMA.