Tuesday, 16 August 2011

Makanan Untuk Jantung Yang Sihat

Kesibukan bekerja dan menguruskan kegiatan seharian sering kali membuatkan kita lupa mengambil makanan yang berkhasiat. Kesuntukan masa, kerja yang bertimbun, kesesakan lalu lintas, mesyuarat, jumpa client dan sebagainya membuatkan “nafsu” makan kita lebih cenderung ke arah makanan segera atau fast food (ramai kawan2 di university dulu menggelarnya fast food fast die)hihi.. Ini kerana pilihan makanan ini yang paling cepat dan mudah, malah boleh membelinya tanpa perlu keluar kereta pun.

Kehidupan di Bandar yang mengejar masa dan tenaga lebih sesuai dengan gaya makanan begini? Tetapi tahukah anda bahawa kandungan garam, gula dan kalorinya sahaja boleh mencecah sehingga berbelas kali ganda daripada makanan biasa seperti nasi, roti dan sayuran?
Bukan soal menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit yang ingin diketengahkan tetapi kesihatan yang maksimum. Kandungan kalori yang tinggi, kolestrol yang meningkat boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Mari kita mulakan pemakanan yang baik dah berkhasiat demi jantung yang sihat! Berikut adalah enam jenis herba yang mempunyai manfaat terbaik dalam membantu mengurangkan ‘kolestrol tidak baik’ atau kekadang juga orang menyebutnya ‘kolestrol jahat’ dan dalam masa yang sama mempertingkatkan fungsi kolestrol baik dalam tubuh. Kesannya, ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Anda hanya perlu menaburkannya sedikit sebagai perisa ke dalam makanan anda untuk kebaikan yang maksimum. Susah sangat ka? Pasti tidak kan..
Kulit kayu manis
Campurkan sedikit serbuk kayu manis bersama dua sudu kecil madu ke dalam hirisan sebiji buah pir atau epal. Jika suka, tambahkan dua besar sudu mentega rendah lemak atau mentega kacang(optional). Sesuai untuk minum petang yang berkhasiat.
Daun pudina
Tumbuk beberapa helai daun pudina hingga lumat. Ambil anggaran dua sudu besar dan campurkan ke dalam ½ cawan yogurt atau keju ricotta. Hidang bersama hirisan buah beri atau kiwi. Selain itu, boleh juga dicampurkan beberapa helai daun pudina bersama sedikit serbuk teh dan amalkan minum secawan teh pada waktu pagi atau petang.
Herba “sage”
Hiriskan beberapa keping roti mil penuh. Celupkan ke dalam minyak zaitun. Kemudian taburkan herba sage ini ke atas roti tadi bersama sedikit serbuk lada hitam.
Halia
Paling mudah dan murah untuk digunakan. Bukan sekadar untuk membuang angin tetapi juga merendahkan kandungan kolestrol. Boleh direbus bersama sedikit serbuk teh untuk dijadikan minuman pagi atau petang, malah dalam masakan sama ada kaedah stim atau rebus. Campurkan 1 sudu kecil halia yang ditumbuk bersama dua sudu teh minyak bijan,tambahkan anggaran dua sudu halia yang dihiris nipis, 2 sudu teh sos soya dan ½ cawan pati nanas. Perapkan bersama ayam, daging atau boleh digunakan sebagai perasa ikan siakap kukus yang ingin.
Serbuk kari
Lazimnya dalam masyarakat kita, serbuk kari digunakan dengan meluas khasnya untuk memasak kari. Itu ada baiknya tetapi cuba gantikan santan dengan susu rendah lemak.
Serbuk cili merah yang dikeringkan
Selain memberikan manfaat untuk mengurangkan kadar kolestrol, ia juga dapat membantu mempertingkatkan metabolisme tubuh khusus untuk anda yang berdiet. Hanya campurkan ke dalam masakan anda seperti isi ayam, udang, brokoli atau daging yang digoreng dengan sedikit minyak zaitun.

 

No comments:

Post a Comment