Firman Allah SWT:
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.”
(QS Al-Maidah: 88)
Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik. Antara hikmahnya ialah sebagaimana berikut:
1) Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”
(Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).
2) Selamat Daripada Seksaan Api Neraka.
Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"
(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).
3) Amal Ibadat Diterima Oleh Allah SWT.
"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga"
(Hadith Riwayat Muslim).
4) Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati"
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini.
Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di makan itu adalah halal menurut syariat Allah SWT.
Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.
No comments:
Post a Comment