Tuesday 15 November 2011

OBESITI: MALAYSIA NOMBOR SATU DI ASEAN

Malaysia berada pada kedudukan pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti di kalangan penduduk.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara punca masalah itu adalah kerana pengambilan gula berlebihan di kalangan rakyat.


“Justeru, semua pihak perlu mengambil perhatian serius tentang isu ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Menyentuh isu sama Rosnah berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10 peratus atau bersamaan dengan 200 kalori daripada jumlah tenaga harian.


Sehubungan itu katanya, pengambilan gula tambahan yang disarankan untuk orang dewasa adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari yang bersamaan dengan 50 gram.


“Berdasarkan kajian pengambilan gula di kalangan orang dewasa pada tahun 2002 dan 2003, didapati jumlah pengambilannya mencecah 51 gram iaitu 21 gram gula pasir dan 30 gram susu pekat manis di dalam minuman.


“Jumlah minuman ini sahaja telah melebihi saranan WHO dan panduan diet Malaysia. Untuk itu Kementerian Kesihatan telah menjalankan inisiatif mengurangkan pengambilan gula melalui kempen cara hidup sihat yang dimulakan sejak 1991,” katanya.


Menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil) Rosnah berkata, berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 selain daripada gula pasir, terdapat 12 bahan pemanis lain dibenar digunakan dalam makanan.


Beliau berkata, bahan pemanis itu terdiri daripada bahan pemanis semula jadi dan tiruan.


“Bahan pemanis semula jadi yang dibenarkan ialah seperti stevia, sorbitol, malitol dan mannitol manakala bahan pemanis tiruan yang boleh digunakan di dalam makanan ialah aspartame, sucralose, saccharin dan acesulfame potassium,” katanya.


Beliau berkata, semua bahan pemanis tiruan yang dihasilkan secara kimia itu telah menjalani penilaian keselamatan dan disahkan selamat berdasarkan piawaian antarabangsa.

Friday 4 November 2011

Tata Cara Makan:



  1. Membiasakan makan berjamaah.
  2. Memulakan dengan tertib.
  3. Hindari makanan/minuman berlebih, tercecer, atau tumpah.
  4. Membaca doa sebelum/setelah makan.
  5. Ketika makan, duduk pada posisi santai, tetapi sopan dan rapi.
  6. Menempati tempat makan yang telah ditentukan.
  7. Usahakan mengunyah makanan tanpa suara.
  8. Menggunakan tangan kanan.
  9. Menghabiskan makanan yang tersisa.
  10. Tidak membuat bising ketika makan.
  11. Bersihkan dan rapikan tempat makan.
  12. Bawalah semua alat makan/minum yang digunakan ke tempat pencucian yang telah ditentukan.
  13. Letakkan alat makan dengan sopan (tidak dilempar) dan katakan jazakallah khairan.

Saturday 22 October 2011

10 Tips untuk Makanan Sehat Untuk Diet


1. Diet Anda harus bervariasi
Tubuh kita membutuhkan 40 nutrisi yang berbeda untuk tetap sehat. Nikmati makan di perusahaan keluarga dan teman-teman dan menonton apa yang orang lain makan. Tentu Anda menemukan makanan baru untuk memberikan berbagai diet Anda.
2. Ambil buah-buahan dan sayuran Segar
Buah-buahan dan sayuran mengandung nutrisi yang membantu mencegah penyakit, jadi jangan lupa untuk memasukkan dalam diet Anda setiap hari. Makanan ini dapat menjadi pelengkap yang ideal di masing-masing dari lima makanan yang Anda lakukan sepanjang hari (sarapan, makan siang, makan malam, snack dan makan malam).
3. Kebersihan adalah penting untuk kesehatan Anda
Jangan menyentuh makanan tanpa mencuci tangan sebelumnya. Sikat gigi Anda setidaknya dua kali sehari dan ingat bahwa, setelah menyikat gigi di malam hari, dan Anda tidak perlu makan makanan atau minum daripada air.
4. Cukup Minuman
Hal ini penting untuk menjaga tubuh terhidrasi dengan baik, sejak lebih dari setengah adalah berat air. Oleh karena itu pastikan bahwa Anda menerima masukan yang diperlukan dari cairan (setidaknya 5 gelas per hari). Jika panas atau aktivitas fisik yang intens, harus meningkatkan asupan cairan untuk mencegah dehidrasi.
5. Jangan mencoba mengubah kebiasaan makan dan perilaku dalam semalam.
Akan lebih mudah untuk melakukannya sedikit demi sedikit setiap hari marcándote tujuan. Tidak mengabaikan apa yang Anda suka, tetapi cobalah diet Anda secara keseluruhan, adalah seimbang.
6. Makan makanan yang kaya karbohidrat
Kebanyakan orang makan karbohidrat kurang dari yang mereka butuhkan. Setidaknya setengah kalori dari diet Anda harus datang dari nutrisi. Untuk meningkatkan konsumsi karbohidrat, harus makan roti, dan secara umum, produk yang terbuat dari gandum dan biji-bijian lain seperti sereal, biskuit, pasta, nasi, kentang dan sayur-sayuran.
7. Menjaga berat badan yang sehat untuk usia Anda
Evita lebih berat atau lebih sedikit dari yang seharusnya. Untuk mengetahui berat badan yang benar Anda harus memperhitungkan banyak faktor: usia, jenis kelamin, tinggi, konstitusi, keturunan …. Kegemukan terjadi ketika tubuh Anda mendapatkan lebih banyak kalori dari yang Anda membelanjakan. Lemak memberi kita beberapa nutrisi yang dibutuhkan tubuh kita, tetapi juga sumber kalori yang paling terkonsentrasi. Oleh karena itu, jika salah satu makanan Anda khususnya lemak, alternatif dengan intake lebih ringan.
8. Makan teratur
Tubuh kita membutuhkan energi yang tersedia di setiap saat dengan cara yang sama yang perlu bahan bakar untuk kendaraan bergerak. Ketika kami bangun, setelah menghabiskan sepanjang malam tanpa makan, tingkat energi kita sangat rendah sehingga harus membuat sarapan yang baik. Pada siang hari, jika hanya untuk makan siang dan makan malam, tubuh Anda juga terlalu banyak jam akan tanpa masukan energi. Merebut istirahat pertengahan-pagi makan sesuatu dan jangan lupa teh di sore hari.
9. Latihan
Sepeda tidak digunakan hanya berkarat. Dengan otot dan tulang hal yang sama terjadi, Anda harus membuat mereka tetap aktif bekerja dengan baik. Cobalah untuk mendapatkan beberapa latihan setiap hari. Naik tangga bukan lift dan jika Anda bisa, pergi berjalan kaki ke sekolah. Istirahat adalah saat yang tepat untuk melakukan aktivitas fisik (bermain bola, lompat tali …). Setiap salah satu dari kami untuk mencoba dan mempraktekkan olah raga yang sesuai selera kita.
10. Ingatlah bahwa tidak ada makanan yang baik atau buruk
Jangan merasa bersalah tentang makan makanan tertentu. Bahwa menghindari ekses-ekses dan pastikan makanan Anda cukup bervariasi harus seimbang. Saldo dan berbagai adalah kunci untuk diet Anda akan membantu Anda menjaga kesehatan yang baik.

Monday 12 September 2011

Tip Tabiat makan sihat untuk kesihatan


Mengambil makanan yang sihat dan tabiat makanan yang sihat dengan kombinasi makanan yang betul adalah penting untuk kesihatan fizikal dan batin anda.Bahan makanan yang diambil menentukan tahap kercergasan anda untuk aktiviti fizikal, mental dan batin.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang mengikut piramid makanan dan kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan anda kegemukan dan menganggu kesihatan anda contohnya penyakitcardiovescular,darah tinggi,diabates dan sebagainya.Disini kami sertakan sedikit tip cara pengambilan makanan yang sihat.
Makan mengikut waktu.jangan sesekali skip waktu makan anda, jika anda tiada selera untuk makan makan sedikit snack yang sihat contohnya buah-buahan.Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti riadah sila makan 2-3 jam lebih awal sebelum melakukan aktiviti tersebut.
Sediakan makanan yang seimbang mengikut peratusan yang betul mengikut pramid makanan.selalu minum minuman yang cukup sekurang-kurangnya 8 glass sehari, kekurangan air menyebabkan masalah heat cramps dan kepenatan elakan minuman kopi atau minuman mengandungi caffeine
Selepas 30minit melakukan aktiviti bersukan, ambillah sedikit snack berkabohidrat dan air mineral dapat mengantikan kehilangan potassium dan sodium semasa proses berpeluh.seperti post yang lepas makanan yang kaya dengan potassium dapat membantu pembinaan oto-otot.Ambilah buah-buah seperti pisang yang kaya dengan potassium.
Makan lah supplement yang mengandungi vitamin B Complex dan lain-lain mineral untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang, supplement seperti Surbex sangat bagus kerana mengandungi Vitamin B complex dan Zinc baikut untuk mental, fizikal dan batin anda.
akhir sekali ambillah makanan yang kurang kolestrol, makanlah daging yang berwarna putih seperti ayam, ikan dan banyakan pemgambilan sayur-sayuran berbagai warna.

Saturday 20 August 2011

Tips Makan di Bulan Ramadhan


 1.Berbuka dengan membaca doa.

   2.   Mulakan dengan minum
jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
         biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

   3.   Bolehlah makan nasi & "noodles"

            Nasi                    "Noodles"
            Nasi putih            Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
            Nasi ulam            Koayteow  }
            Nasi kerabu

    4.    Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

   5.    Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

   6.    Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

   7.    Berhenti makan sebelum kenyang.

   8.    Lebihkan minum air.

   9.    Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

   10.   Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
           adalah seperti berikut:

            Nasi putih               Oats/ Nestum
            Roti/ Ban                Buah-buahan/ Kurma

   Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.

Wednesday 17 August 2011

Adab-adab Makan


1- Mulakan dengan Bismillah
وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)
Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni:Bismillah). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

3- Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

4- Galakan guna tiga jari
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع… (رواه مسلم)
Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

5- Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

6- Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

7- Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

8- Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

9- Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

10- Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)