Monday 3 December 2012

HALAL DAN HARAM MEMPENGARUHI KEPERIBADIAN MUSLIM





Pengenalan
Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna 'dibenarkan' atau 'dibolehkan' oleh hukum Syarak. Di Malaysia isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan. Masyarakat Islam di negara ini kadang kala digemparkan dengan dakwaan sesuatu produk itu diragui status halalnya
Hadis Yang Berkaitan Halal dan Haram
Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Surah 6 – Al An’nam : Ayat 121)
Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.

Status Halal Haram
Sejak kebelakangan ini ramai tidak lagi memberatkan status halal haram dan kadang kala  makan apa sahaja yang sedap pada tekak meskipun di premis yang tidak memaparkan logo atau sijil halal. Mereka juga membeli apa yang menarik perhatian tanpa ada rasa tanggung jawab untuk meluangkan masa, membaca label produk, meneliti kandungan ramuan mahu pun memeriksa nama atau identiti pengilang!
Pengaruh halal kepada peribadi
  • Kehalalan makanan mengikut syariat agama mempunyai pengaruh besar kepada pembentukan serta perkembangan peribadi seseorang Muslim.
  • Ini bermakna setiap makanan yang tidak halal yang dimakan oleh seseorang Muslim akan menjadi menjadi darah daging dan akan memberi kesan kepada pembentukan serta perkembangan peribadinya.
  • Keperibadian seseorang Muslim itu ternyata bersandar kuat kepada halal atau haram makanan yang masuk ke dalam perutnya.
  • Jika haram makanan yang dimakan, ia bukan sahaja akan menjejaskan ketakwaan dan nilai ibadat seseorang individu Muslim itu tetapi juga akan mengakibatkannya dicampak ke dalam api neraka.


Kenapa Kita Perlu Kepada Makanan Halal?
  • Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.
  • Makanan juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.
  • Pemakanan dapat ditakrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.
  • Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja dan bermain.

Doa Dimakbulkan
Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut:
Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram,
Bagaimana akan diperkenankan permohonannya. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi).

Kesimpulan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia peka kepada masalah ini.  Sehubungan ini makmal tiga tingkat yang akan dibina  akan memulakan operasinya pada 2013 yang akan menganalisa makanan, menguji pelbagai produk atau bahan termasuk peralatan yang digunakan dalam pembedahan klinikal. Fasa kedua pembinaan pula akan melibatkan pembinaan bangunan latihan untuk membolehkan Jakim melatih pegawai dan kakitangan tempatan serta dari luar negara. Kewujudan makmal ini kelak akan melambangkan kesungguhan pihak Kerajaan dalam memajukan Malaysia sebagai hub halal yang diiktiraf di seluruh dunia.

Sunday 25 November 2012

Pemakanan Seimbang


Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan 
Protein sangat penting dalam pemakanan seharian.Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Panduan piramid pemakanan adalah merupakan satu saranan pengambilan pemakanan yang sempurna dan harus menjadi ikutan dalam pengambilan makanan harian. Pengambilan makanan yang mengikut kuantiti dan pada kelas makanan yang tertentu akan menjamin kesempurnaan dan keseimbangan diet harian. Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima.

Friday 23 November 2012

Cara makan yang baik

Namun ada cara yang baik untuk anda amalkan demi menjaga kesihatan. Antaranya:
1. Bersihkan tangan sebelum menyentuh makanan, dan pilihlah tempat yang bersih untuk menikmatinya.
2. Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dengan baik sebelum ditelan. Air liur mengandungi enzim yang membantu penghadaman. Enzim-enzim itu boleh menghadam sehingga 80 peratus kanci, 30 peratus protein dan 10 peratus lemak.
3. Jangan makan berlebihan. Fahamilah tubuh sendiri, anda tahu jumlah makanan yang patut diambil untuk sihat.



4. Buat keputusan lebih awal; banyak mana dan apa yang ingin anda makan, itu lebih baik daripada makan mengikut keinginan nafsu.
5. Apabila perut benar-benar lapar dan anda mahu mula makan, contohnya selepas berpuasa, amalkan minum jus segar yang tidak masam atau berasid.
6. Relaks, jangan gelojoh.
7. Nikmati sepenuhnya makanan dan bersyukurlah.
8. Makanlah makanan yang sihat. Mulakan dengan sedikit sahaja, mungkin buah-buahan. Makanan yang berlemak, mempunyai kandungan garam dan gula terproses yang tinggi, tidak baik untuk anda.
9. Berfikir sebelum makan; adakah anda makan sebab lapar dan sepatutnya makan, atau kerana keinginan semata-mata?
10. Akhir sekali, lakukan aktiviti selepas makan. Bukan terus tidur ye....
P/S:Salah satu cara makan tidak sihat ialah, makan tanpa berfikir dan tidak melakukan aktiviti selepas itu.

Tuesday 13 November 2012

Rahsia Pemakanan Genius Islam




Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Saturday 10 November 2012

AMALAN PEMAKANAN IKUT SUNNAH NABI!!!



1. JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita
makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal
inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara
lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda
telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz
Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah
sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga
makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut
diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit
perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
2. CARA MAKAN
A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…
cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.
karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam
mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-,
jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan
maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat
merusak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt
membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam
sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan
tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam…
Sama-samalah kita mengamalkannya…….
WallahuA’lam

Thursday 23 February 2012

Tips Diet untuk Kuruskan Badan

Diet yang betul ialah cara kita makan dan jenis makanan yang kita ambil, berikut ialah petua makan dan diet yang betul


  1. Jangan makan susu bersama daging
  2. Jangan makan daging bersama ikan
  3. Jangan makan ikan bersama susu
  4. Jangan makan ayam bersama susu
  5. Jangan makan ikan bersama telur
  6. Jangan makan ikan bersama daun salad
  7. Jangan makan susu bersama cuka
  8. Jangan makan buah bersama susu



  
MAKAN CARA ISLAM

Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
jangan sesekali tinggal makan malam . barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-quran juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. mujarabnya insya allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) 

Wednesday 15 February 2012

MADU DAN KURMA

MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w: 
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."    
 "Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".
BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.


Khasiat Madu Lebah Asli
  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.



Khasiat Buah Kurma Segar
Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry. 
Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.

Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.

Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.

Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.

Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.


Thursday 9 February 2012

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat

Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badanyang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.