Friday, 15 July 2011
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Tuesday, 17 May 2011
Tabiat makan yang sihat
PIRAMID makanan adalah panduan untuk orang ramai memahami cara makan secara sihat dan disyorkan kepada penduduk berumur 2 tahun ke atas. Piramid makanan Malaysia membawa mesej yang jelas mengenai perkara berikut::
*Ambil makanan daripada semua kumpulan menurut sukatan yang disyorkan.
* Makanan di bahagian atas piramid, khususnya minyak, lemak, gula dan garam hendaklah dikurangkan berbanding di bahagian bawah piramid seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang perlu dilebihkan. Bukan semua makanan sama, walaupun dalam kumpulan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Bincangkan rancangan diet anda dengan pakar. Fahami jumlah kalori, protein dan lemak yang diperlukan setiap hari.
Mari kita melihat kumpulan makanan yang berlainan dalam Piramid Makanan.
Lemak, minyak, gula dan garam (gunakan sedikit sahaja); Susu dan produk tenusu (1 hingga 2 hidangan); Ikan, ayam, daging dan kekacang (2 hingga 3 hidangan); Buah-buahan dan sayur-sayuran (3 hingga 5 hidangan); Nasi, mi, roti, ubi dan produk bijirin lain (8 hingga 12 hidangan).
Nasi, mi, roti dan produk bijirin.
Anda disyorkan mengambil 8 hingga 12 hidangan daripada kumpulan ini. Jadual di bawah menjelaskan maksud hidangan.
Setiap satu daripada yang berikut adalah contoh SATU hidangan
Setengah cawan nasi/mi/pasta yang dimasak, sekeping roti bijirin penuh, satu cawan bubur, setengah keping capati / tosai, setengah cawan bijirin sarapan atau dimasak, dua keping biskut bijian penuh.
PESANAN PEMAKANAN:
1. Cuba makan bijian penuh, nasi beras perang, bertih jagung, biskut gandum penuh dan produk emping oat.
2. Buat nasi pilau menggunakan beras basmati atau beras perang.
3. Buat bubur yang lazat menggunakan beras perang dan putih dan tambah lebih banyak sayur-sayuran.
4. Jangan guna terlalu banyak minyak/minyak sapi untuk memasak nasi/ mi.
5. Kurangkan bijirin halus seperti tepung putih dan roti putih.
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayur-sayuran atau jus sayur-sayuran 100% termasuk dalam kategori ini. Buah-buahan sama ada segar, sejuk beku, kering atau dalam tin dan jus buah-buahan 100% termasuk dalam kumpulan ini. Anda disyorkan mengambil sekurang-kurangnya 3 - 5 hidangan setiap hari.
Lima hidangan sehari
* Cawan sayuran berdaun hijau dimasak
* Cawan sayuran berkanji atau sayuran buah dimasak
* 1 cawan sayuran mentah seperti salad atau ulam
* Buah jambu batu
* 1 potong betik/tembikai/nanas
* 1 biji pisang/oren/epal/pear sederhana besar
* Cawan buah kering
* Cawan jus buah-buahan atau jus sayuran 100%.
PESANAN PEMAKANAN:
1. Pelbagaikan sayuran anda.
2. Pastikan anda mengambil 3 cawan sayuran berdaun hijau gelap setiap minggu. Sayuran oren seperti labu, lobak merah dan keledek 2 cawan seminggu.
3. Sayuran berkanji seperti jagung, kentang dan kacang pis boleh diambil 3 cawan seminggu. Pelbagaikan sayuran lain kepada 6½ cawan seminggu.
4. Nikmati buah-buahan warna-warni setiap hari, untuk memaksimumkan vitamin dan mineral.
5. Tambah sayuran ke dalam mi dan sajian nasi. Cuba pelbagai sayuran, baik mentah mahupun yang tumis reneh.
6. Beli sayuran segar ikut musim kerana harganya lebih murah.
7. Bila masak sayuran, kurangkan penggunaan minyak, santan atau sos.
8. Makan buah-buahan segar seperti jambu batu/nanas tanpa asam boi, garam atau kicap
9. Tambah sayuran berkanji seperti kentang untuk memekatkan sup atau kuah
10. Tambah buah-buahan ke dalam bijirin sarapan anda atau tambah nanas ke dalam kari ikan .
11. Makan buah-buahan begitu sahaja atau dipotong kecil, bukan jus.
12. Bila membeli buah-buahan dalam tin, pilih yang 100% dalam jus/ air.
13. Buat smoothie buah-buahan dengan mencampurkan yogurt rendah lemak dengan buah-buahan segar atau sejuk beku seperti pisang dan nanas.
Susu dan produk tenusu
Sebarang produk susu dalam bentuk cecair dan makanan yang diperbuat daripada susu dianggap termasuk dalam kumpulan ini. Susu pekat manis, susu atau yogurt berperisa, yang ditambah gula seperti sirap jagung, gula, gula perang, sirap malt tidak termasuk kategori ini.
Susu dan produk susu
* 1 gelas susu
* 1 cawan yogurt
* 1 keping keju
PESANAN PEMAKANAN:
1. Pilih susu atau produk susu rendah lemak atau tanpa lemak.
2. Keju adalah sumber kalsium dan protein. Semak kandungan garam dan lemak.
3. Jika anda alah laktosa, anda boleh pilih keju keras atau yogurt.
4. Guna susu untuk menggantikan santan bila memasak kari.
5. Hidangkan koktel buah-buahan dengan yogurt rendah lemak .
6. Tambah susu ke dalam sup krim untuk menambah kelazatan/kalsium.
Telur, daging, ayam, ikan, kekacang
Semua makanan yang mengandungi daging, ayam, ikan, kacang kering atau kacang pea, telur, kekacang dan bijian dianggap sebagai sebahagian daripada kumpulan ini. Oleh kerana ikan, kekacang dan biji-bijian mengandungi minyak yang sihat, ia patut diambil lebih kerap.
Telur, susu, ayam, ikan dan kekacang
* 1 paha ayam saiz sederhana
* 1 potong ikan saiz sederhana
* 1 ikan kecil saiz sederhana
* 1 potong daging tanpa lemak saiz sederhana
* 1 cawan kekacang/kacang (kacang kuda, dal, kacang hijau)
* 2 keping tauhu
* 2 keping tempe
* 2 telur
PESANAN PEMAKANAN:
1. Pilih daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit. Kurangkan penggunaan minyak dan santan ke tahap minimum.
2. Kuning telur, hati dan organ daging yang lain adalah sumber kolesterol yang tinggi. Anda perlu memastikan jumlah pengambilan kolesterol secara keseluruhan tidak melebihi 300 miligram sehari.
3. Daging diproses seperti burger, sosej atau daging deli mengandungi garam tambahan. Jadi, semak ramuan dan fakta pemakanan pada label untuk mengehadkan pengambilan natrium.
4. Biji bunga matahari, badam dan kekacang lain menyumbangkan vitamin E dan nutrien lain. Ia boleh dijadikan snek yang baik tetapi pengambilan hendaklah menurut keperluan kalori seseorang.
5. Panggang, kukus, bakar ayam dan ikan, bukan goreng.
Jadi, bolehkah kita menukar tabiat makan kita yang tidak sihat secara perlahan-lahan kepada cara yang lebih sihat? Mengapa tidak? Setelah anda memahami piramid makanan, cuba sesuaikan dengan keperluan peribadi dan aktiviti anda.
- (Rencana ini disumbangkan oleh Jacob‘s - jenama biskut dan kraker yang dipercayai untuk pemakanan yang seimbang dan gaya hidup aktif dan sihat)

Saturday, 14 May 2011
Cara Makan yang Baik
Kita tahu bahwa memakan makanan merupakan kegiatan naluriah yang dimiliki setiap makhluk hidup. Begitu juga dengan kita sebagai manusia, makan merupakan kebutuhan untuk keberlangsungan hidup. Tanpa makan kita tentu saja akan mati. Namun makan tanpa pengetahuan tentang cara makan yang baik, ternyata juga dapat mendorong kita untuk cepat mati.
Kehidupan modern telah mengkondisikan manusia pada pola hidup yang serba instan. Karena kesibukan kerja pula kitapun dicecoki pemahaman dan dipolakan bahwa makan dilakukan menurut jam tertentu. Begitu juga makan harus dilakukan tiga kali sehari. Tampaknya kita semakin dijauhkan dengan kesadaran terhadap kebutuhan tubuh kita sendiri. Bagaimana mungkin pihak lain yang menentukan kebutuhan terhadap tubuh kita, dan bukannya oleh kesadaran kita sendiri. Kita yang memiliki tubuh malah tidak tahu dengan kebutuhan tubuhnya.
Untuk memperoleh hasil yang optimal dari kegiatan makan, kita harus mengetahui cara makan yang baik. Cara makan yang baik akan menentukan proses pencernaan di dalam tubuh secara baik pula. Dalam proses pengolahan makanan inilah, tubuh kita memainkan perannya yang sangat penting. Berbagai unsur maupun komponen penting berfungsi optimal agar makanan yang masuk ke dalam tubuh diolah secara optimal. Dengan kerja yang optimal ini maka diharapkan hasilnya berupa berbagai kandungan gizi yang terdapat dalam makanan dapat diserap oleh tubuh secara optimal pula.
Makanan yang masuk dalam mulut akan dikunyah terlebih dahulu sebelum ditelan. Proses penghancuran makanan oleh mulut ini dibantu oleh air liur. Frekuensi pengunyahan turut menentukan proses pelumatan makanan oleh lambung. Makanan yang dikunyah dengan jumlah yang cukup akan dapat meringankan kerja lambung. Namun kalau makanan dikunyak sekedarnya, maka makanan yang masih cukup padat itu akan memperberat kerja lambung dalam menguraikannya.
Selain itu, janganlah kita makan melebihi kapasitas perut. Lambung sebagai mesin pengolah makanan, rata-rata dapat menampung makanan hingga 1,5 liter. Meski demikian, lambung bersifat lentur yang dapat mengembang maupun mengecil. Yang mengetahui secara pasti kapasitas perut kita dalam menampung makanan yang kita makan adalah kita sendiri. Begitu terasa kenyang, maka itu menandakan bahwa kapasitas lambung dalam menampung makanan sudah optimal. Oleh karena itu segera berhenti makan.
Sejumlah penelitian memperlihatkan bahwa kerja lambung akan optimal apabila jumlah makanan yang masuk tidak terlalu banyak. Oleh karena itu kita sebaiknya berhenti makan sebelum perut merasakan kenyang. Apabila lambung dapat bekerja secara optimal, maka saripati makanan dalam bentuk berbagai kandungan gizi dapat diserap secara optimal pula oleh tubuh.

Wednesday, 27 April 2011
Cara Makan Sunnah Nabi SAW Terbukti Secara Saintifik
Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.
1. Jangan Makan/Minum
- Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
- Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad
2. Cara Makan
- Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
- Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
- Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)
- Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.
- Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.
- Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
- Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
- Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.
3. Cara Minum
- Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
- Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
- Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.
3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
- Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

- Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".
- Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.
Monday, 25 April 2011
Cara makan mengikut sunnah
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri
kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan
kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam
Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 ==
99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
-
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah
saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu),
lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah
makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang
sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan
itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion),
ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air
mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari
bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain
dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the
first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium
Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2.
Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma
Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt,
apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum
berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada
haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang
kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya
kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,
sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang
belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah
berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini
terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang
manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan
beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat
menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah
kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi
apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia
ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi
jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap
menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya
direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar
mengenai Ka’bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang
kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistandan
Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan
antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam
tersebut.

Saturday, 23 April 2011
Tabiat pemakanan seharian
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah seringkali aku berkongsi mengenai tabiat pemakanan, hari ini aku nak berkongsi tabiat makanan yang boleh membantu kita untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Apa yang penting sebenarnya adalah kita perlu bersederhana dalam apa jua yang kita lakukan, begitu juga dengan pemakanan. Kita perlu bersederhana, konsep bersederhana di sini adalah dalam semua apa yang kita makan, janganlah berlebihan, kerana setiap yang berlebihan itu pasti akan mendatangkan mudarat.
Antara tips yang boleh kita amalkan, sebelum kita makan, kita minum terlebih dahulu sesuatu yang agak pahit, seperti contoh teh cina atau teh hijau, elakkan daripada memasukkan gula di dalam minuman tersebut. Tabiat ini akan membantu proses pencernaan berlaku dengan lebih sempurna (maklumat ini dirujuk dari salah satu artikel di majalah tidak lama dahulu – lupa dah nama majalah tu).
Kemudian elakkan minum semasa kita makan, ini akan menyebabkan badan kita akan lemah disebabkan cara pemakanan kita yang kurang tepat tersebut. Seelok-eloknya minum 20 minit selepas makan (info ini diperolehi dari seorang penceramah kesihatan beberapa tahun lepas) tetapi kebanyakan daripada kita makan di kedai, untuk menunggu tempoh masa tersebut, mungkin agak lama. Cukup sekadar kita minum selepas kita selesai menjamah makanan kita.
Ramai juga yang mengabaikan turutan makanan disebabkan ingin menurunkan berat badan dan sebagainya. Seeloknya kita perlu makan setiap kali masa yang sepatutnya kita makan. Contohnya ramai yang tidak ambil sarapan sedangkan sarapan itu penting untuk kita mendapatkan tenaga awal dan secara tak langsung akan meningkatkan metabolisme kita. Tabiat pemakanan yang teratur akan membantu kita mengawal berat badan tanpa bersusah payah memakan pil dan sebagainya. Apa yang penting adalah kita perlu jaga apa yang kita makan dan bukannya tidak makan terus.

Sunday, 17 April 2011
Cara Pemakanan Untuk Menurunkan Berat Badan untuk Pengoksida yang lembab ( slow oxidisers)
Pengoksida lembab tidak dapat mengunakan karbohidrat dengan mudah. Ini disebabkan metabolisma karbohidat nya tergendala .Pengambilan makanan yang berbentuk karbohidrat seperti tepung putih, gula putih, nasi putih dan makanan berkanji yang lain menyebabkan kadar gula dalam darah naik dengan cepat, ini pula akan menyebabkan hormon Insulin tercetus untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan seterusnya gula ini bertukar menjadi lemak dengan tindakkan satu lagi hormone ia itu glucagon.
Tindakkan Insulin akan menyebabkan gula dalam darah menurun terlalu cepat dan individu ini akan terasa lapar semula didalam masa yang singkat.
Prinsip asas pemakanan pengoksida lembab:

Gula ini tidak bertukar menjadi tenaga , disebaliknya bertukar menjadi lemak dan inidividu ini akan terasa lemah dan tidak bermaya serta mengiggil lapar dan ketagih kopi/teh atau gula serta coklat dan bahan bahan manis yang lain.
Cara mengatasi pusingan buntu ( viscious cycle) sebegini adalah dengan mengatur makanan dan jadual supaya kadar gula didalam darah tidak naik dengan mendadak, memakan makanan dari sumber protin 10% lebih dari biasa, pastikan pengambilan protin tiga kali sehari, ia itu pagi , tengah hari, petang.
Kurangkan pengambilan lemak dan minyak dan makan karbohidrat yang komplex, yang mengandungi kadar serat yang tinggi seperti buah berserat, dan sayur.
Tidak perlu berlapar malahan anda digalakkan mengelak dari lapar sebab lapar akan menyebabkan cara pemakanan ini gagal dan pusingan buntu mengambil alih semula.
Disamping mengurangkan berat badan atau menghentikan berat badan dari terus naik, anda akan memerolehi laba yang lain dari mengamalkan cara pemakan sebini ,ia itu peningkatan tenaga anda serta ketenangan emosi akan terhasil.
Prinsip asas pemakanan pengoksida lembab:
- 1.Elak memakan karbohidrat yang diproses. (refined carbohidrates), contohnya gula, roti putih, tepung putih( roti canai ), kueh mueh, coklat
- 2. Makan lebih kerap dangan menyelitkan makanan berserat tinggi diantara makanan utama. Contoh makanan sebegini adalah lobak merah mentah, ubi sengkuang, timun, batang `celery’, pear, buah lai, epal.
- 3.Naikkan kadar protin yang dimakan, gunakan cara masakan yang tidak menggunakan banyak minyak dan gunakan minyak yang mengandungi EFA. (Asid lemak yang diperlukan oleh badan ) dan anti penoksida yang tinggi. Contoh lemak sebegini yang paling baik adalah Carotino yang mengandungi beta cartene, tocotrienol dan vitamin e. Lain lain minyak yang baik ialah minyak zaitun dan minyak kelapa sawit. Cara masak `stir fry’ menggunakan minyak sedkit dan menambah air bila kering adalah sesuai. Selain ini, kukus dan rebus serta bakar adalah juga baik.
- 4. Elak kopi, teh , serta gula dan minuman `pop’.
Apakah petanda petanda bahawa anda mengalami masaalah menghadzam karbohidrat dan dengan ini, sensitif terhadap karbohidrat jenis gula/ refined ( simple carbohydrate)?
- Ketagihan pada kopi, teh, milo dan bahan makan yang manis.
- Cepat mengigil bila lapar dan cepat lapar setengah hingga satu jam selepas makan terutama bila makan benda manis atau yang banyak kanji.
- Kurang bertenaga dan cepat terasa marah atau mengalami emosi yang lain seperti murung,kurang keyakinan diri.
- Kurang daya tahan dan cepat letih.
- Berat badan senang naik tetapi susah nak turun.
Jadual Makan dan contoh menu untuk diamalkan bagi mengatasi masaalah pengoksida lembab.
- Sarapan di ambil selewat lewatnya setengah jam selepas bangun tidur.
- Minum air suam sebaik saja bangun tidur.
- Sarapan berbentuk sekeping roti berserat, telur rebus atau sepotong keju keras, atau lauk seperti tuna, sardine , daging rebus, ikan dari gulai, ayam, daging dll. Roti boleh digantikan dengan oats, atau nasi setengah cawan.
- Pukul 10 pagi, carrot/ubi sengkuang/ timun/ guava/ pear/ epal ( satu mangkuk atau sebiji)
- Pukul 12 tengahari:
- Makan tengah hari : Ulam semangkuk atau salad.
- Sebahagian ikan/ daging/ makanan laut/ ayam
- Setengah cawan nasi/sekeping roti berserat/ sekeping capati/setengah mangkuk pasta.
- Pukul tiga petang : sebiji limau atau belimbing.
- Pukul 5 petang seperti pukul 10 pagi
- Makan malam paling lewat pukul 7.30 petang dan sama seperti makan tengah hari. Soup kacang campur (mixed bean soup) boleh menggantikan nasi dan lauk. Adalah baik sekali sekala memilih protin dari sumber tumbuhan dan bukan binatang . Protin dari soya dan juga dari makanan jenis kacang boleh menggantikan protin binatang.
Beberapa makanan yang akan mengagalkan racangan untuk menstabilkan gula dalam darah adalah:
Susu, youghurt, jus buah buahan, buah berkanji seperti pisang dan betik, kurma, kismis, madu ,jem, roti canai, bun manis dan lain lain.
Resepi rendah minyak untuk dicuba:
Ayam panggang: untuk 2 orang makan
Setengah ekor ayam, dibuang lemak.
Bawang putih/bawang merah ditumbuk
Kicap soya pekat satu sudu teh
Tomato puree, satu sudu besar,
Satu sudu besar minyak zaitun/Carotino
Herba untuk daging secukup rasa, garam
Cara:
Perap ayam dengan kesemua bahan selama beberapa jam dan panggang mengunakan bahagian grill .
Sup Kacang Campur
Rendam beberapa jenis kacang termasuk kacang hijau, kacang merah dan kacang mata hitam (black bean) semalaman. Jadikan satu mangkuk.Semasa kering. Gunakan bekas besar untuk membenarkan kacang ini kembang.
Tumis dengan sedikit minyak bawang putih dan bawang merah.
Cili boleh ditumis sekali jika dikehendaki. Tomato puree juga boleh digunakan jika dikehendaki.
Tambahkan dua sudu daging cincang( optional)
Tambahkan air , banyak mana air adalah mengikut selera masing masing, (ada yang suka pekat dan ada yang suka lebih air ) dan juga kesemua kacang dan juga sebiji carrot yang telah disagat. Renehkan sehingga kacang semua empok. Air ini boleh digantikan dengan air rebusan tulang untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.
Garam secukup rasa. Taburkan oregano jika suka.
Sup ini boleh dimakan dengan pasta atau roti.
Subscribe to:
Posts (Atom)