Saturday, 23 April 2011

Tabiat pemakanan seharian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah seringkali aku berkongsi mengenai tabiat pemakanan, hari ini aku nak berkongsi tabiat makanan yang boleh membantu kita untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Apa yang penting sebenarnya adalah kita perlu bersederhana dalam apa jua yang kita lakukan, begitu juga dengan pemakanan. Kita perlu bersederhana, konsep bersederhana di sini adalah dalam semua apa yang kita makan, janganlah berlebihan, kerana setiap yang berlebihan itu pasti akan mendatangkan mudarat.
Antara tips yang boleh kita amalkan, sebelum kita makan, kita minum terlebih dahulu sesuatu yang agak pahit, seperti contoh teh cina atau teh hijau, elakkan daripada memasukkan gula di dalam minuman tersebut. Tabiat ini akan membantu proses pencernaan berlaku dengan lebih sempurna (maklumat ini dirujuk dari salah satu artikel di majalah tidak lama dahulu – lupa dah nama majalah tu).
Kemudian elakkan minum semasa kita makan, ini akan menyebabkan badan kita akan lemah disebabkan cara pemakanan kita yang kurang tepat tersebut. Seelok-eloknya minum 20 minit selepas makan (info ini diperolehi dari seorang penceramah kesihatan beberapa tahun lepas) tetapi kebanyakan daripada kita makan di kedai, untuk menunggu tempoh masa tersebut, mungkin agak lama. Cukup sekadar kita minum selepas kita selesai menjamah makanan kita.
Ramai juga yang mengabaikan turutan makanan disebabkan ingin menurunkan berat badan dan sebagainya. Seeloknya kita perlu makan setiap kali masa yang sepatutnya kita makan. Contohnya ramai yang tidak ambil sarapan sedangkan sarapan itu penting untuk kita mendapatkan tenaga awal dan secara tak langsung akan meningkatkan metabolisme kita. Tabiat pemakanan yang teratur akan membantu kita mengawal berat badan tanpa bersusah payah memakan pil dan sebagainya. Apa yang penting adalah kita perlu jaga apa yang kita makan dan bukannya tidak makan terus.

No comments:

Post a Comment