Sunday, 10 April 2011

pERubahan TAbiat PeMAkaNAn



Bagaimanakah boleh saya kurangkan paras kolesterol saya?

Kandungan kolesterol yang tinggi di
dalam darah boleh menyebabkan penyakit jantung � penyebab kematian yang utama
di Amerika.
Walaupun terdapat banyak cara yang
anda boleh lakukan untuk menurunkan paras kolesterol dan seterusnya memelihara
diri anda dari gejala ini, separuh dari populasi Amerika masih mempunyai paras
kolesterol yang terlalu tinggi (melebihi 200 mg/dl).


Anda boleh mengurangkan kandungan
kolesterol di dalam darah anda dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat,
mengurangkan berat badan jika perlu, dan melakukan senaman. Di kalangan anda
juga ada yang perlu mengambil ubat kerana hanya dengan mengubah cara pemakanan
sahaja tidak mencukupi untuk memelihara diri mereka dari penyakit ini. Doktor
dan jururawat anda akan membantu anda untuk merangka satu jadual bagi
mengurangkan paras kolesterol anda � dan memelihara jantung anda agar sentiasa
sihat!


Kebanyakan penyakit jantung
disebabkan oleh pengumpulan kolesterol yang berlebihan, plak (plaque) dan
lain-lain mendapan lemak di dalam pembuluh darah di jantung. Apabila pembuluh
darah yang menyalurkan darah kepada jantung menjadi tersumbat sehingga darah
tidak dapat mengalir, serangan jantung akan terjadi.




APAKAH YANG PERLU SAYA MAKAN?

Makanan yang rendah lemak, rendah kolesterol, termasuk:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Bijirin seperti nasi,
    gandum dan pasta
  • Daging tanpa lemak dan daging
    jenis burung seperti daging ayam tanpa kulit (pilih sehingga 6 auns
    sehari)
  • Susu rendah lemak atau bahan
    tenusu dari susu skim
  • Ikan tiada lemak dan kerang
  • Sayuran jenis kekacang dan
    kacang pea
  • Berbagai jenis kekacang dan
    bijian dalam jumlah yang terhad
  • Minyak masak tidak tepu seperti
    kanola, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kelapa sawit,
    dalam jumlah yang terhad.


APAKAH YANG PERLU SAYA HADKAN?
  • Susu penuh krim, krim dan
    ais-krim
  • Mentega, merah telur dan keju �
    dan makanan yang menggunakan bahan-bahan ini
  • Organ dalaman seperti hati,
    ginjal dan otak
  • Daging yang telah diproses
    seperti sausage, hot dog, salami, burger dan bologna
  • Makanan yang diperbuat dari
    merah telur dan lemak tepu
  • Minyak tepu seperti minyak
    kelapa
  • Daging berlemak
  • Daging itik dan angsa
  • Lemak tepu seperti marjerin,
    lemak b*b*
  • Makanan yang digoreng.


APAKAH PETUA MEMASAK UNTUK SAYA?
  • Toskan minyak yang berlebihan
    selepas anda mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak
  • Jangan menyapu makanan dengan
    lemak/minyak yang menitis; gunalah air buah-buahan, air perapan atau
    lain-lain bahan yang tidak berlemak/berminyak
  • Lebih baik mencelur, membakar,
    merebus dan mengukus makanan daripada digoreng
  • Buang semua lemak yang
    kelihatan pada daging yang akan anda masak, dan buang semua kulit dari
    ayam/ayam turki
  • Hidangkan sebahagian yang kecil
    sahaja dari hidangan yang mengandungi lemak dan bahagian besar hidangan
    daripada yang tidak mengandungi lemak seperti mi, nasi, kekacang dan
    sayuran
  • Gunakan telur putih dan elakkan
    bahagian merah telur apabila perlu menggunakan telur untuk sesuatu resipi
  • Gunakan keju rendah lemak,
    mozzarella yang diperbuat dari susu separuh skim dan lain-lain keju tanpa
    lemak, selain dari keju biasa
  • Gunakan buku masakan yang
    mengandungi resipi rendah lemak.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT LEBIH BANYAK MAKLUMAT?
  • Berbincanglah dengan doktor,
    jururawat atau profesional kesihatan.
  • Jika anda mempunyai masaalah
    kolesterol tinggi, ahli keluarga anda juga mungkin mempunyai risiko yang
    tinggi.
  • Amat penting bagi mereka untuk
    membuat perubahan dari sekarang untuk mengurangkan risiko ini.
  • Anda mempunyai soalan atau
    komen untuk doktor anda?
  • Luangkan beberapa minit untuk
    menulis apa-apa persoalan yang ingin ditanyakan apabila anda berjumpa
    dengan doktor anda kelak.


PIRAMID MAKANAN



Enlarge this imageReduce this image Click to see fullsize

No comments:

Post a Comment